Kapan dikapankan sebelum kebumi?


Mungkin pelik untuk aku tulis dalam Bahasa Melayu kali ini selepas sekian lama aku menulis dalam bahasa orang asing. Aku sendiri rasa sedikit janggal, tapi apa salahnya aku menulis dalam bahasa ibunda aku? Ini Bahasa Melayu, bukan Bahasa Sankrit. Tapi kalau bahasa ibunda aku bahasa sanskrit, aku tulis dalam sanskrit. (tapi itu bukan sebab aku tulis dalam bahasa Melayu kali ini..)

Apa kata kalau kita ulangkaji sejarah tanah melayu ini..

1511 - Dijajah Portugis
1641 - Dijajah Belanda
1795 - Dijajah British


Itu baru Melaka. Sementara Melaka sibuk dengan penjajah berganti baton, ada kawasan yang dijajah Siam.


Masa terus berjalan dan urusniaga jajahan diteruskan seperti satu francais yang menguntungkan.

Kita dijajah Jepun. Kita undang British semula untuk halau mereka (mungkin juga kita rindu dengan jajahan British)

Dari Portugis ke Belanda ke British ke Siam ke Jepun. Sejarah membuktikan kita antara negara yang mungkin memegang rekod sebagai NEGARA DIJAJAH TERBANYAK. Kalau tidak terbanyak pun, sekurang-kurangnya kita dapat menduduki senarai 5 teratas dalam senarai.

Sekarang, kita berdepan dengan situasi baru. Kaum penjajah mungkin tak berminat untuk menjajah kita lagi. Tapi kaum kulit hitam sudah mula menjajah, kaum bollywood pun hampir berjaya menjajah dan yang terbaru, kaum Indon akan menjajah kita.

Semua ini terjadi dengan pantas. Kaum yang suatu masa dahulu, dijajah dan dihambakan seperti kita, kini akan menjajah kita pula. Dan proses jajahan ini lebih mudah dengan bantuan orang kita sendiri yang mendabik dada dan mengaku dia adalah masyarakat moden, maju dan berpelajaran tinggi.

Atas nama kemodenan dan kemajuan, kita jemput semua elemen luar dan masih menganggap kaum kita sendiri kolot, hina dan dungu.

Kita tuding jari pada 'masyarakat moden' kita? Tsk perlu.

Kaji semula semua sejarah penjajahan terhadap tanah kita, semuanya ada satu persamaan.

"Penjajahan keatas kita adalah atas undangan orang kita sendiri dengan gembiranya.."

Dan elemen jajahan yang terbaik, menggunakan seni yang kita anggap indah dari mereka..


Masih tak paham artikel ni? Atau tak paham bahasa ini? Mungkin anda berpelajaran tinggi, tapi IQ anda masih dibawah tahap manusia melayu sebenar.

SEKIAN

Comments